Thursday, 24 November 2011

               
               TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Samsudin, maut.

KAMPUNG GAJAH: “Arwah ayah gemar membawa cucu bersiar-siar terutama ketika cuti sekolah. Tak sangka kali ini yang terakhir buat mereka,” kata Mohd Tarmizi, 26, anak pasangan warga emas, Samsudin Itam, 65, dan Daimah Lun, 52, yang maut dalam kemalangan ngeri, petang semalam.
Tragedi itu turut meragut nyawa cucu pasangan warga emas berkenaan, Qurratul Ayuni Mohd Halimi, 6, apabila Proton Saga dinaiki bersama tiga yang lain bertembung sebuah treler ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pulau Tiga, Padang Gertak di sini, jam 4 petang.                                      
                                          REMUK...treler yang terbabit kemalangan, semalam                       

Dalam kejadian itu, kereta dipandu Samsudin hilang kawalan ketika melalui satu selekoh sebelum bertembung treler tanpa muatan di laluan bertentangan menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.
Kejadian turut mencederakan anak pasangan warga emas itu, Nurul Ayuni, 14, dan dua lagi cucu mereka, Mohammad Danial Halimi, 5, dan Nurul Izzati Mohd Rudy, 3. Mohd Tarmizi ketika ditemui di perkarangan Bilik Forensik, Hospital Changkat Melintang (HCM), di sini, semalam, berkata, arwah bapanya memaklumkan pergi ke Sungai Manik untuk mengambil Nurul Ayuni di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Islah, Sungai Lampam.

Menurutnya, arwah bapa dan ibunya membawa bersama tiga cucu mereka bagi mengambil Nurul Ayuni di sekolah berkenaan.

“Mereka keluar rumah jam 2.45 petang sebelum kami sekeluarga dikejutkan dengan nahas itu jam 4.30 petang.

“Kami tidak menyangka jarak nahas dengan rumah hanya beberapa kilometer. Sebaik tiba di tempat kejadian, saya rebah apabila melihat arwah ayah dan ibu kaku tidak bernyawa di tempat duduk depan kereta,” katanya.

Sementara itu, ibu arwah Qurratul Ayuni, Jawiriah, 31, berkata dia terkilan kerana anak sulungnya itu tidak sempat menjamah kuih pau yang dipesan.
Menurutnya, dia tiada di rumah sejak pagi kerana menjaga kakaknya yang menunggu masa bersalin di HCM.

“Saya sudah berpesan kepada kedua-dua anak, Qurratul Ayuni dan Mohd Danial supaya tinggal di rumah dan jangan keluar ke mana-mana sementara menunggu saya pulang dari hospital.

“Namun, mereka keluar rumah kerana mengikut arwah ayah dan ibu mengambil adik saya, Nurul Ayuni yang selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun di sekolahnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan HCM.

Jawiriah yang menetap di Pandan Perdana, Kuala Lumpur berkata, dia bersama dua anaknya itu pulang ke kampung sempena cuti sekolah bermula minggu lalu.

“Saya tidak menyangka percutian kami anak-beranak berakhir tragedi kerana anak perempuan saya yang keletah dan cerdik sudah meninggal dunia, manakala adiknya, Mohd Danial patah tulang bahu.

“Saya bersyukur kerana Mohd Danial terselamat dalam kejadian itu, namun reda dengan pemergian arwah Qurratul Ayuni,” katanya.

Mangsa Banjir Di Kelantan

                                  Empat terkorban banjir di Kelantan                             KOTA BHARU - Banjir hari kedua di Kelantan semalam mengorbankan empat nyawa, dua darinya pasangan adik-beradik yang lemas dalam tragedi di tiga lokasi berasingan.

Mohd Arif Hukmi, 10 dan Mohd Fathi Asyraf, 14, maut setelah lemas di tali air di Kampung Tualang Salak, Bachok manakala pelajar tahfiz Mohd Raihan Hasnan, 15, dikhuatiri lemas di tali air Lubuk Tapah Pasir Mas.

Mayat mangsa keempat, seorang kanak-kanak, Shahrul Aiman Mohd Ridzuan, dua tahun 11 bulan, ditemui ibunya setelah bermain di gigi air tepi rumah mereka di Cabang Tiga, Rantau Panjang, 6.55 petang semalam.

Mangsa disahkan meninggal dunia setelah dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang kira-kira setengah jam kemudian.

Di Bachok, Suriani Dollah, 37, pengsan sejurus dua anak lelakinya yang lemas itu dijumpai oleh pasukan menyelamat, semalam.

Ibu tersebut tidak dapat menahan sebak dan pengsan selepas melihat mayat anak sulungnya, Mohd Fathi Asyraf, 14, manakala Mohd Arif Hukmi, 10, ditemui lima minit kemudian di lokasi yang sama.

Suaminya, Ruslan Ab Ghani, 46, berkata, dia tidak menyangka, hasrat anaknya yang tiba-tiba ingin menggunakan selimut milik arwah datuknya, Abdul Ghani, me-nandakan mereka juga ingin pergi meninggalkan keluarga.

Menurutnya, anak sulungnya, Mohd Fathi Asyraf, 14, amat rapat dengan arwah datuknya sejak kecil.

“Dua tiga malam lepas, dia minta selimut arwah datuknya. Mulanya pelik juga, tetapi kini baru saya sedar ia petanda bahawa dia ingin pergi meninggalkan kami.

“Mohd Fathi juga kelihatan rapat de-ngan adik ketiganya, Mohd Arif Hukmi, 10, akhir- akhir ini, sedangkan sebelum ini mereka jarang dilihat bersama,” katanya.

Sunday, 13 November 2011

'Harimau Mengaum Lagi'

SASARAN mengutip tiga mata pada perlawanan ketiga Kumpulan A sudah memadai buat skuad bawah 23 negara di Jakarta, semalam walaupun ketua jurulatih, Ong Kim Swee jelas kecewa dengan perubahan rentak permainan pada babak kedua menentang Kemboja.

Kesebelasan utama Harimau Muda yang menyaksikan Izzaq Faris Ramlan diletakkan sebagai penyerang tunggal dan Yong Kuong Yong diturunkan buat pertama kali, mempamerkan persembahan kemas dan mengasyikkan sepanjang babak pertama yang menghasilkan tiga gol, tetapi memberi ruang kepada Kemboja membolosi gawang negara pada babak kedua sebelum Wan Zaharul Nizam Zakaria menambah gol pada minit terakhir.
“Ini satu keputusan baik tetapi pada babak kedua pemain terlalu santai dan akibatnya kita dihukum satu gol,” kata Kim Swee yang memasukkan A Thamil Arasu menggantikan Izzaq dan Ahmad Fakri Saarani menggantikan Kuong Yong pada babak kedua.
“Keutamaan kita ialah mencapai apa yang kita sasarkan pada perlawanan ini. Seperti pada perlawanan sebelumnya menentang Singapura dan Thailand, kita mempunyai banyak peluang tetapi hanya mampu menjelmakan dua gol.

“Jadi empat gol pada perlawanan malam ini (semalam) dan corak permainan kemas pemain, adalah satu tanda positif menjelang pertemuan penentuan dengan tuan rumah Khamis ini. Cuma kita perlu lebih fokus sepanjang permainan itu nanti.”

Kim Swee menegaskan, provokasi tuan rumah sekadar meningkatkan lagi semangat pemain untuk mencari kemenangan. “Kita sudah selangkah ke separuh akhir dan hanya memerlukan satu mata untuk layak, tetapi kami bermain bukan untuk satu mata,” kata Kim Swee....

Sunday, 6 November 2011

BUNUH DIRI SELEPAS BUNUH CUCU

                                                    KENANGAN...Lim bersama Yin Yin.


AMPANG: Seorang nenek nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga sebuah apartmen selepas rasa bersalah apabila pisau yang dibaling ke arah anak lelaki dan menantunya tersasar, sebaliknya tepat ke dahi cucu perempuannya berusia tiga tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin itu, Lim Sin Meow, 80, sebelum itu bertengkar dengan anak lelakinya yang berusia 40-an di rumah mereka di Jalan Wawasan 3, di sini. 
Namun, campur tangan menantunya yang berusia 40 tahun membuatkan Lim hilang pertimbangan sehingga mengambil sebilah pisau pemotong daging dari dapur lalu membalingnya ke arah anak serta menantunya.

Tanpa disedari Lim, cucunya, Chong Yin Yin, 3, turut berada di situ dan pisau dibalingnya tepat kena bahagian dahi kanak-kanak itu menyebabkan kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kecewa dengan apa terjadi, Lim pergi ke sebuah apartmen terletak 650 meter dari rumahnya dan nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga.

Friday, 4 November 2011

Nak Balik Kampung???

                                                                Foto:Sairien Nafis




Kenderaan sesak apabila warga kota mula meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha, esok...

Thursday, 3 November 2011

Sampai Jua Akhirnya

Alhamdulillah...Smpai jgk akhirnya ke kg halaman ku...rase puas hati la blh blk kg wlaupun sekejap je asl kn blh raye kt kg aku sdri..sape2 yg xboleh blk kg tu jgn jeles ye..hehehe. rase xde pape dh nk cita bt masa nie,goodluck pd sape2 yg drive keter nk pulang ke kg masing2 tu.harap2 xde pape yg blaku pd korng sume agar dpt raye besma keluarga masing2.."pandu cermat,jiwa selamat" & "biar lambat asal kn selamat"....Selamat Hari Raye AidilAdha...

Wednesday, 2 November 2011

Masalah Nak Balik Pulok..

Bunyi jah cuti ckit wajib tiket bas nk kelate habis awal,bnyk sggh lah anak2 kelate hok dok ngaji d luar ngri kelate nie..nie mslah kawe plk... Tiket bas habis doh ke kelate,pastu xkei nk raye haji d tganu thn nih..Mslah btl...
mintok2 sapa d ganu mlm nie ado la tiket bas,biar lah mahal pun asal buleh nk rayo haji d kelate..huhu
InsyAllah la...