Tuesday, 17 January 2012

Ombak Rindu


Berdasar cerita yang aku faham la,  Aaron Aziz membangkitkan Hariz. Seorang usahawan muda berjaya, anak,tunang kepada pelakon popular. Dan atas nama suami Izzah, kadang dia ego, kadang dia tak dapat tidak, dia kalah dengan kelembutan Izzah. Kadang kita benci pada Hariz,tapi dia juga mampu buat kita cinta padanya. Dan satu yang mungkin anda takkan dapat saksikan pada karya lain lakonannya, Aaron menangis...Terbaikk!! Impresif, kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi mantap pelakon-pelakonnya, lakonan yang realistik, cerita, visual, sinematografi dan OST nan indah (sebagai pelengkap). Izzah, watak yang ditangani Maya Karin. Get ready, sebab gadis kampung ini akan 'menyentuh' anda baik derita, sakit, gembira, bahagia serta ketulusan cinta pada suaminya Hariz, dapat kita  'rasa'...




Mila Emylia. Sisi lain Lisa Surihani. Sangat lain, okey! Dia diva! Dia tak mengalah! Dia kelakar (sikit). Satu ketika Mila buat kita rasa menyampah jugak buat kita sayang dia dalam masa yang sama. Kerlasss!


Mail, watak mainan Bront Palarae. Mail... Mail... Mail... Satu, dia buat kita rasa nak main layang-layang. Dua, Izzah tolak mentah-mentah keikhlasan cintanya tapi dia boleh lagak kool. Tiga, Izzah punya jam jatuh dalam sungai, dia sedaya gigih menyelam cari jam tu. Mail, memang gentle la!!

Secara keseluruhan filem yang menelan belanja RM 2.1 juta ni, ada peluang cerah jadi filem pecah panggung. Tidak keterlaluan kalau dikata, ia sebuah filem terbaik bagi penutup tahun 2011.

Friday, 6 January 2012

Untuk Di Jual

ROCKBIKE

Assalamualaikum.. Ambo nok jual basikal ambo nie,raso puas doh maen basikal nie nk try maen menei laen plok braso...hehe:) ambo letok hargo basikal dale RM900,jenis basikal ROCKBIKE..ado sapo2 raso berminat buleh tel no ambo deh.. jangan risau bare molek lagi ambo uboh suai d0h skit2 bare sikal nie... Contoh ::


Dua2 Baru





Kalu anda berminat & suka boleh call 0176703670... harga buleh ejas lagi :)

Thursday, 22 December 2011

Bebas!!!

Sekian lama ku menunggu saat2 ini akhirnya sampai jugak mase nyer..hehe!! Besbas,aku bebas dri s'gala2 kepenimtan yg melanda dri ku slama 2bulan selepas selesai krusus CCTV d'kemaman... Sekarang aku cuti sem selama 2minggu jew..tahun depan, 9/1/2012 aku mula daftar masuk sem 5 akhir... So,tanpa ku brpkrn pnjng yg aku thu skng nk enjoy puas2 slma 2mmgu nie.... aku bebas!! aku nak enjoy!! hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahohohohohohehehehehehehihihihihihihihihuhuhuhuhuhuhuhu

Wednesday, 30 November 2011

Anugerah Supermokh Milik Mat Yo

     Norshahrul Idlan Menang Anugerah Supermokh 

 

 

PETALING JAYA – Penyerang berbisa pasukan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha tidak menyangka terpilih untuk memenangi dua anugerah utama pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011.
Norshahrul Idlan, 24, meraih Anugerah Penyerang Terbaik dan Anugerah Supermokh/Pemain Paling Bernilai yang pertama kali diperkenalkan sempena memperingati lagenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari
Pemain kelahiran Besut, Terengganu itu menyifatkan Anugerah Supermokh merupakan kejayaan paling besar yang diterimanya pada tahun ini dan cukup bermakna buat dirinya.
“Saya kurang beraksi dalam skuad negara pada musim ini akibat kecederaan hamstring namun tidak sangka dipilih untuk menerima anugerah ini,” katanya kepada pemberita di sini hari Rabu.
Beliau berkata anugerah itu meniupkan semangat kepada dirinya untuk beraksi dengan lebih cemerlang pada tahun depan.
Menjawab satu pertanyaan, Norshahrul Idlan berkata penyertaan pemain import dalam Liga Malaysia tidak akan menjejaskan prestasi beliau dan pemain tempatan yang lain tahun depan.
“Saya akan buktikan bahawa pemain tempatan adalah lebih baik daripada mereka (pemain import),” katanya.
Sementara itu bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yang akan menyertai pasukan Selangor tahun depan memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik 2011.
Irfan Bakti berkata beliau rasa gembira kerana dipilih untuk menerima anugerah tersebut dan ia hasil kerja keras seluruh pasukan Terengganu.
“Ini kali pertama saya menerima anugerah seperti ini dan saya akan jadikannya sebagai pembakar semangat untuk bekerja lebih keras untuk membantu pasukan baru saya iaitu Selangor pada musim baru tahun depan,” katanya.
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011
Penjaga Gol Terbaik
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Pemain Pertahanan Terbaik
Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan)
Pemain Tengah Terbaik
Safiq Rahim (Selangor)
Penyerang Terbaik
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Jurulatih Terbaik
Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu)
Anugerah Supermokh untuk Pemain Paling Bernilai
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Persatuan Negeri Terbaik
Persatuan Bola Sepak Selangor
Kelab Bola Sepak Terbaik
Kelab Bola Sepak Selangor PKNS

Sunday, 27 November 2011

"Senyum Tak Perlu Kata Apa-Apa"

                               ANAK didik Kim Swee kecewa tumpas kepada Bahrain pada kelayakan Olimpik    2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Yazit Razali

 Tiga mata yang digenggam sepanjang 80 minit pertama lenyap dalam lima minit: Kim Swee
 SUKAR buat jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menelan kekalahan 3-2 di tangan Bahrain dalam saingan kelayakan Kumpulan C 2012 malam tadi apabila tiga mata yang digenggam sepanjang 80 minit pertama lenyap dalam tempoh lima minit.

"Saya tidak tahu nak cakap apa, dalam lima minit segalanya berubah," kata Kim Swee dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. "Dua gol yang kita peroleh sia-sia selepas kehilangan Affize (Faisal) dan Nazmi (Faiz Mansor).
"Saya tidak punya banyak pilihan pada baki 20 minit terakhir selepas Affize cedera dan Nazmi kekejangan otot. Saya terpaksa meletakkan Shukor (Jusoh) dan penyerang, Ferris (Danial) di bahagian tengah dan ternyata kita gagal mengekang asakan Bahrain walaupun mereka bermain dengan 10 orang.
"Malah Irfan (Fazail) terpaksa menghabiskan permainan dengan buku lali yang tercedera dan ini menunjukkan betapa terdesaknya saya dalam minit-minit terakhir permainan. Walaupun sukar untuk layak, saya harap baki permainan ini digunakan pemain untuk belajar."

"Saya mahu pemain saya rehat secukupnya selepas perlawanan ini.
"Bagi saya pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya mahu mereka melupakan bola sepak seketika."

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Salman Shareeda menganggap perlawanan malam tadi cukup menarik dengan lima gol dijaringkan dan dia menganggap, Malaysia dan Bahrain adalah pemenang selepas masing-masing beraksi cemerlang.
"Cuma di dalam bola sepak kita perlu bermain hingga 90 minit dan walaupun kami ketinggalan dua gol, semangat juang anak buah saya untuk memburu tiga mata selepas tewas di tangan Syria dan Jepun, membawa hasil lumayan," kata Salman.

Selepas mendahului 2-0 menerusi Nazmi (m-30) dan Mahali Jasuli (m-67), Malaysia dikejutkan tiga gol pelawat dalam tempoh lima minit hasil jaringan Saad Saiah Al-Amer (m-81) dan Isa Ahmed Muthanha (m-85, 86).






 
 

Thursday, 24 November 2011

               
               TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Samsudin, maut.

KAMPUNG GAJAH: “Arwah ayah gemar membawa cucu bersiar-siar terutama ketika cuti sekolah. Tak sangka kali ini yang terakhir buat mereka,” kata Mohd Tarmizi, 26, anak pasangan warga emas, Samsudin Itam, 65, dan Daimah Lun, 52, yang maut dalam kemalangan ngeri, petang semalam.
Tragedi itu turut meragut nyawa cucu pasangan warga emas berkenaan, Qurratul Ayuni Mohd Halimi, 6, apabila Proton Saga dinaiki bersama tiga yang lain bertembung sebuah treler ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pulau Tiga, Padang Gertak di sini, jam 4 petang.                                      
                                          REMUK...treler yang terbabit kemalangan, semalam                       

Dalam kejadian itu, kereta dipandu Samsudin hilang kawalan ketika melalui satu selekoh sebelum bertembung treler tanpa muatan di laluan bertentangan menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.
Kejadian turut mencederakan anak pasangan warga emas itu, Nurul Ayuni, 14, dan dua lagi cucu mereka, Mohammad Danial Halimi, 5, dan Nurul Izzati Mohd Rudy, 3. Mohd Tarmizi ketika ditemui di perkarangan Bilik Forensik, Hospital Changkat Melintang (HCM), di sini, semalam, berkata, arwah bapanya memaklumkan pergi ke Sungai Manik untuk mengambil Nurul Ayuni di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Islah, Sungai Lampam.

Menurutnya, arwah bapa dan ibunya membawa bersama tiga cucu mereka bagi mengambil Nurul Ayuni di sekolah berkenaan.

“Mereka keluar rumah jam 2.45 petang sebelum kami sekeluarga dikejutkan dengan nahas itu jam 4.30 petang.

“Kami tidak menyangka jarak nahas dengan rumah hanya beberapa kilometer. Sebaik tiba di tempat kejadian, saya rebah apabila melihat arwah ayah dan ibu kaku tidak bernyawa di tempat duduk depan kereta,” katanya.

Sementara itu, ibu arwah Qurratul Ayuni, Jawiriah, 31, berkata dia terkilan kerana anak sulungnya itu tidak sempat menjamah kuih pau yang dipesan.
Menurutnya, dia tiada di rumah sejak pagi kerana menjaga kakaknya yang menunggu masa bersalin di HCM.

“Saya sudah berpesan kepada kedua-dua anak, Qurratul Ayuni dan Mohd Danial supaya tinggal di rumah dan jangan keluar ke mana-mana sementara menunggu saya pulang dari hospital.

“Namun, mereka keluar rumah kerana mengikut arwah ayah dan ibu mengambil adik saya, Nurul Ayuni yang selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun di sekolahnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan HCM.

Jawiriah yang menetap di Pandan Perdana, Kuala Lumpur berkata, dia bersama dua anaknya itu pulang ke kampung sempena cuti sekolah bermula minggu lalu.

“Saya tidak menyangka percutian kami anak-beranak berakhir tragedi kerana anak perempuan saya yang keletah dan cerdik sudah meninggal dunia, manakala adiknya, Mohd Danial patah tulang bahu.

“Saya bersyukur kerana Mohd Danial terselamat dalam kejadian itu, namun reda dengan pemergian arwah Qurratul Ayuni,” katanya.

Mangsa Banjir Di Kelantan

                                  Empat terkorban banjir di Kelantan                             KOTA BHARU - Banjir hari kedua di Kelantan semalam mengorbankan empat nyawa, dua darinya pasangan adik-beradik yang lemas dalam tragedi di tiga lokasi berasingan.

Mohd Arif Hukmi, 10 dan Mohd Fathi Asyraf, 14, maut setelah lemas di tali air di Kampung Tualang Salak, Bachok manakala pelajar tahfiz Mohd Raihan Hasnan, 15, dikhuatiri lemas di tali air Lubuk Tapah Pasir Mas.

Mayat mangsa keempat, seorang kanak-kanak, Shahrul Aiman Mohd Ridzuan, dua tahun 11 bulan, ditemui ibunya setelah bermain di gigi air tepi rumah mereka di Cabang Tiga, Rantau Panjang, 6.55 petang semalam.

Mangsa disahkan meninggal dunia setelah dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang kira-kira setengah jam kemudian.

Di Bachok, Suriani Dollah, 37, pengsan sejurus dua anak lelakinya yang lemas itu dijumpai oleh pasukan menyelamat, semalam.

Ibu tersebut tidak dapat menahan sebak dan pengsan selepas melihat mayat anak sulungnya, Mohd Fathi Asyraf, 14, manakala Mohd Arif Hukmi, 10, ditemui lima minit kemudian di lokasi yang sama.

Suaminya, Ruslan Ab Ghani, 46, berkata, dia tidak menyangka, hasrat anaknya yang tiba-tiba ingin menggunakan selimut milik arwah datuknya, Abdul Ghani, me-nandakan mereka juga ingin pergi meninggalkan keluarga.

Menurutnya, anak sulungnya, Mohd Fathi Asyraf, 14, amat rapat dengan arwah datuknya sejak kecil.

“Dua tiga malam lepas, dia minta selimut arwah datuknya. Mulanya pelik juga, tetapi kini baru saya sedar ia petanda bahawa dia ingin pergi meninggalkan kami.

“Mohd Fathi juga kelihatan rapat de-ngan adik ketiganya, Mohd Arif Hukmi, 10, akhir- akhir ini, sedangkan sebelum ini mereka jarang dilihat bersama,” katanya.